Susulan daripada entri INI dan INI, akhirnya rezeki Lorna & hubby untuk melihat sendiri rumah kami, penantian selama 2 tahun 5 bulan tiba jua
syukur pd Allah swt atas kurniaanNya kpd kami…
Setelah final loan dari bank dah release, wat appointment ng Developer pada 21 Jan 2012 lepas, tuk ambil kunci umah ngan inspection pada hari yg sama…haha dah 3 bulan ++ barulah nak update kat sini ;p maaf la yer..citer basi sudah..kekeke….
Pape pun, tujuan utama Lorna nak story nih sebab nak share pada readers, certain things yg perlu kita buat semasa ambil kunci rumah dan time inspection rumah kay! penting nih tau terutamanya kepada pembeli2 rumah pertama seperti kami ni…
First sekali sebelum inspection :-
1. Bawak marker pen & tape putih (untuk tulis dan tampal kat defect kelak)
2. Bawak tangga tuk panjat tgk siling rumah kot2 ada leaking ke aper (kalau rajin la ;p )
3. Bawak tester pen – nak check elektrik kat semua plug points
4. Bawak kamera – ambik gambar2 defects, bukti sebelum dan selepas developer repair..
Semasa inspection rumah :-
1. Masuk umah lafaz salam, bagi yg beragama Islam
2. Perhatikan setiap sudut rumah, pagar, tingkap, porch, kawasan porch, pintu, semua bilik, dapur, yard, siling umah, plug points, light points, sinki, dan apa yg ada dlm rumah sila tengok dengan teliti..
3. Check semua kunci yg developer bg leh buka dan betul kesemuanya..
4. Lantai rumah tu check la betul2 sebab takut ada yg ‘kosong’ dibawahnya…cat2 kat dinding per sumer pun perhatikan baik2…mana yg tak rata tu leh komplen soh developer catkan balik bagi rata…
5. Kalau boleh, datanglah tengok rumah masa hari tengah hujan (time visit kedua or ketiga tu kan) – sgt penting sebab masa hujan la kita leh tengok sama ada siling umah kita OK or ada leakage..
6. Check meter air dan tnb – catit bacaan pada kedua2nya…
Macam Lorna ritu, masa inspection, ada beberapa juga minor defects yg dpt dikesan…cthnya, plug pasang senget, cat tak rata, skru ilang, dinding ada yg tak smooth, dll. Yg sedihnya, hari kedua baru perasan yg siling leakage rupanya…memang bengang giler arrr masa tu sebab dah nak hari pindah dah… takut developer repair lambat kan..
But normally, cam IOI masa inspection dorang akan bagi isi form defects per semua…so ada black n white, senang skets..dan masa tuk dorang repair pun agak cepat..kalau komplen hari ni, dalam masa 5 hari biasanya dah setel…
Oh yer, pas jer IOI betulkan semua defects yg ada di rumah Lorna, maka bermula la reno kat teratak kecil kami nih
agak mencabar mental juga nak masuk rumah baru tau….stress pun ada…suka, gembira, syukur lebih2 lagi la cozz takyah dah nak sewa2 rmh org…alhamdulillah
Memiliki rumah sendiri adalah salah satu kurniaan Allah yg tak dapat digambarkan dgn kata2 sebenarnya! to be continue


















